Senin, 27 Desember 2010

Islam larang berdoa utk tujuan tdk baik

SEBAGAI umat Islam, kita sudah tentu yakin dengan nikmat dan petunjuk Allah. Kita sering berdoa untuk memohon sesuatu hajat. Kita menadah tangan tanpa mengira masa dan keadaan kerana mengharapkan pertolongan dan rahmat Ilahi. Ketenangan jiwa diperolehi apabila segala kesukaran dan kesulitan dilepaskan kepada Allah. Permohonan melalui doa ini disusun dengan tertib dan dilafazkan dengan penuh perasaan. Oleh kerana doa boleh dilafazkan tanpa mengira waktu dan keadaan, maka Allah sendiri menyuruh setiap hambanya untuk terus berdoa tanpa kecewa dan hampa.
Sebenarnya setiap doa pasti akan diterima dan dimakbulkan Allah, asalkan ia menjurus ke arah kebaikan seperti mengharapkan kesejahteraan, kebahagiaan, murah rezeki, sihat tubuh badan, tambahkan ilmu dan keimanan dalam diri masing-masing.
Islam melarang keras umatnya memohon doa kepada Allah dengan tujuan yang tidak baik seperti memohon kematian daripada Allah kerana tidak tahan lagi menghadapi dugaan di muka bumi ini atau meminta Allah menurunkan bala ke atas seseorang yang dia dengki.
Seperti Rasulullah, Baginda tidak pernah mengadu dan berdoa kepada Allah agar segera menimpakan kebinasaan kepada orang yang sentiasa membuat kehidupan baginda menderita.
Ruang untuk kita bertindak sebenarnya masih luas. Seseorang yang gagal dalam bidang tertentu, perlu meminta petunjuk Allah agar menunjukkan jalan lebih mudah untuk dia mendapatkan kesenangan hidup. Caranya dengan memperbanyakkan ibadat kepada-Nya.
Beradab sopan ketika berdoa amat dituntut agama. Dapat dilihat di masjid atau dalam majlis tertentu, orang yang berdoa atau mengaminkan doa, keadaan mereka seperti tidak mengharapkan sangat doa mereka dimakbulkan Allah. Pelbagai gaya dan tingkah laku boleh dilihat ketika mereka menadah tangan.
Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin jilid 1, halaman 306-309 menggariskan adab ketika seseorang itu berdoa :
  • Dalam keadaan khusyuk seperti ketika sujud.
  • Menghadap kiblat dan mengangkat tangan sampai ke paras bahu, bukannya di lutut.
  • Merendahkan suara, hanya sekadar didengar telinga sendiri dan orang yang hampir dengan kita.
  • Tidak perlu menggunakan kata bersajak dan bermadah. Cukuplah dengan kata sederhana yang selalu diamalkan Rasulullah dan sahabat baginda.
  • Meyakini dengan doa dilafazkan. Tidak kecewa dan gelisah jika doa masih belum diperkenankan Allah.
  • Memulakan doa dengan memuji Allah dan Rasulnya.
  • Bertaubat sebelum berdoa.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar